..:PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2012:..

Pada 9 hingga 11 Mei 2012 yang lalu, satu Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2012 telah diadakan di SK St Patrick yang dikhaskan untuk para pelajar tahun 6 dan 5. Objektif utama program ini ialah untuk mendedahkan para pelajar dengan kaedah dan teknik menjawab soalan yang betul.

Pihak sekolah amat berasa bangga dengan kehadiran tuan Pegawai Pelajaran Daerah Bau, En.Yunos Apok. Beliau juga telah hadir bersama-sama untuk memberikan Ceramah Keibubapaan. Sekali lagi pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada beliau. Ternyata dengan lagu yang dibawakan oleh tuan PPD bertajuk "Gemuruh" nyanyian Faizal Tahir telah mengamatkan seketika suasana dewan sekolah ketika itu.

Para penceramah yang dijemput pula merupakan guru-guru cemerlang yang amat pakar dalam matapelajaran teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.).

Pihak sekolah juga mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para penceramah yang sanggup datang untuk berkongsi ilmu bersama guru-guru dan para pelajar.






















































.:KEJOHANAN MSSR BAHAGIAN KUCHING 2012:.

Pada 27 Mac 2012 yang lalu,  seramai 4 orang atlit sekolah telah mewakili daerah Bau ke Kejohanan MSSR Bahagian Kuching 2012 yang telah diadakan di Stadium Mini, Lundu. Kejohanan tersebut yang berlangsung dari pagi hingga ke petang telah membawa berita gembira untuk sekolah kita. Dimana atlit kita berjaya merangkul pingat gangsa di dalam acara 4x100 meter perempuan C.

Atlit sekolah yang mewakili Daerah Bau ialah Azacia, Harzline, Zee Zee, Clarrisa, Gilbert ( Kategori perempuan dan lelaki C).
 Diharapkan pada tahun depan, atlit kita semakin menyerlah dan semakin cemerlang.Untuk pengetahuan semua,  kontigen Daerah Bau telah mendapat tempat ketiga secara keseluruhan dalam Kejohanan MSSR bahagian Kuching. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.







































Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ( 11 April 2012 Cuti Umum )

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, akan diadakan pada Rabu, 11 April 2012 ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, sempena istiadat tersebut kerajaan mengisytiharkan 11 April sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.
‘‘Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah tamat tempoh pemerintahan pada 12 November tahun lalu.