Latihan Dalaman Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2

        Sesi latihan dalaman telah mula dijalan pada 17 Ogos 2011 lalu. Guru-guru yang telah menghadiri kursus telah mengadakan sesi latihan dalaman kepada semua guru yang lain. Objektif utama sesi latihan dalaman ini ialah untuk mendedahkan dengan lebih terperinci tentang KSSR Tahun 2.





*Gambar yang seterusnya akan dimuat naik dalam masa terdekat.
 

Majlis Makan Malam EXCO PIBG SK St Patrick 12 Ogos 2011

      Pada 12 Ogos yang lalu telah diadakan satu Majlis Makan Malam, khas untuk EXCO PIBG SK St Patrick.Majlis ini dijalankan bagi menghargai sumbangan bakti  exco PIBG yang telah bersama-sama menyumbang keringat serta usaha bagi menjayakan segala aktivti yang telah dirancang dan dijalankan sepanjang tahun ini.
      Majlis ini telah diadakan di Hotel Harbour View Kuching. Beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan pada malam tersebut. 




Minuman Kesihatan Milo Untuk Pelajar

             Pada hari ini, pihak Nestle (Milo) telah datang ke sekolah untuk memberikan minuman berkhasiat secara percuma kepada semua pelajar.
             Pihak sekolah pula amat berbesar hati dengan kehadiran pihak swasta yang datang untuk memberikan minuman berkhasiat tersebut. Dikongsikan bersama, gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti tersebut.


Terima kasih kepada pihak Milo(Nestle). Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

TAKLIMAT SAPS (SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN SEKOLAH )

       Satu taklimat khas mengenai SAPS telah diadakan. Objektif utama taklimat ialah memberikan taklimat ringkas mengenai aplikasi tersebut.
       Taklimat ini telah dijalankan oleh Cikgu Rusita (Setiausaha peperiksaan sekolah) dan dihadiri oleh Gurubesar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem dan guru-guru.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011

           Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 yang telah singgah di salah sebuah Kampung di Daerah Bau tepat jam 3.30 petang ( 02 Ogos 2011 ). Kampung Sibuluh telah dipilih menjadi tempat "Flag OFF"  untuk daerah Bau sebelum konvoi ini berlepas ke Daerah Lundu tepat jam 4.20 petang.
          Pihak ADMIN blog telah dijemput untuk hadir ke Program tersebut dan  sempat merakamkan gambar-gambar menarik untuk dikongsikan bersama.
          Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 yang bermula dari Bandaraya Kuching akan tamat di Negeri Sabah iaitu di daerah Sipitang.  "Flag Off" konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 telah disempurnakan oleh MP Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe dan disaksikan juga oleh Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-ketua Kampung, Penghulu dan komuniti sekitar daerah Bau.






Majlis Makan Malam PIBG SK St Patrick 30 Julai 2011

Tahniah kepada semua yang terlibat didalam menjayakan Majlis Makan Malam PIBG SK ST Patrick pada 30 Julai 2011 (Sabtu). Syabas juga kepada EXCO PIBG yang terlibat. Tidak ketinggalan juga kepada masyarakat sekitar Krokong, pihak caterer, orang perseorangan dan wakil dari sekolah-sekolah yang hadir.

 Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh YB Dr Jerip Susil,ADUN Bengoh yang sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah dan komuniti setempat.



Scene 1.


Scene 2.





Scene 3. 


CERAMAH KEBAKARAN OLEH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH BAU

Pada 29 Julai 2011,(Jumaat) yang lalu , telah diadakan satu Ceramah tentang Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Bau.  Seramai 4 orang pegawai bomba telah datang untuk bersama-sama dengan pihak sekolah. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir dengan latihan kawad kebakaran yang tamat pada jam 1020 pagi. Perjalanan aktiviti berjalan lancar.




Gotong-royong Pra Sukan Sekolah & Jumble Sale 2011

Pada 22 Jun 2011 yang lalu, satu aktiviti gotong-royong bersama ibubapa telah berjaya dilakukan. Sokongan daripada ibubapa amat menggalakkan. AKtiviti bermula seawal 7.00 pagi dan berakhir sekitar jam 2.00petang.