Pada 09 September 2011 yang lalu, satu majlis sambutan ualang tahun Hari lahir Cikgu Maliff yang ke 42 telah di adakan di kelas Tahun 6. Walaupun majlis ini diadakan secara sederhana oleh anak-anak murid tahun 6 namun ianya amat bermakna. Terutamanya guru kelas mereka sendiri iaitu Cikgu Maliff. Tahniah Cikgu Maliff. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.
Terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN KALI KE 2 / 2011
Pada 25 Ogos 2011 yang lalu, satu sesi latihan kecemasan kebakaran telah diadakan. Aktiviti ini telah disertai oleh semua warga sekolah. Masa yang diambil untuk para pelajar berkumpul di padang iaitu merupakan kawasan selamat ialah kurang dari 3 minit. Pihak Bomba dan Penyelamat yang datang dengan jentera bomba pula telah memuji pihak sekolah kerana telah bersama-sama menjayakan latihan kecemasan ini.
* Gambar yang lain akan dimuat naik dalam masa terdekat.
* Gambar yang lain akan dimuat naik dalam masa terdekat.
KEM MOTIVASI PELAJAR UPSR : ZON KROKONG
Pada 23 Ogos 2011, yang lalu telah diadakan Kem Motivasi Pelajar UPSR yang dikhaskan untk calon-calon UPSR 2011 ZOn Krokong. Sekolah-sekolah yang terlibat pula ialah SK St Patrick, SK Suba Buan, SK Puak, SK Pedaun Bawah dan SK Tringus. Syabas kepada semua yang terlibat, dalam menjayakan program ini.
Demonstrasi Cara-cara Yang Betul Membersihkan Tangan
Pada pagi 22 Ogos 2011 yang lalu, satu demonstrasi cara-cara membersihkan tangan dengan betul telah diaadakan. Tiga orang pelajar telah dipilih untuk menunjukkan cara-cara tersebut kepada para pelajar yang lain.
Disebelah tengaharinya pula diadakan pembersihan kelas secara gotong-royong. Objektif utamanya ialah untuk menghindari penyakit berjangkit seperti penyakit kaki,tangan dan mulut. Pencegahan lebih baik dari rawatan.

Latihan Dalaman Kursus Penyebaran KSSR Tahun 2
Sesi latihan dalaman telah mula dijalan pada 17 Ogos 2011 lalu. Guru-guru yang telah menghadiri kursus telah mengadakan sesi latihan dalaman kepada semua guru yang lain. Objektif utama sesi latihan dalaman ini ialah untuk mendedahkan dengan lebih terperinci tentang KSSR Tahun 2.
*Gambar yang seterusnya akan dimuat naik dalam masa terdekat.
*Gambar yang seterusnya akan dimuat naik dalam masa terdekat.
Majlis Makan Malam EXCO PIBG SK St Patrick 12 Ogos 2011
Pada 12 Ogos yang lalu telah diadakan satu Majlis Makan Malam, khas untuk EXCO PIBG SK St Patrick.Majlis ini dijalankan bagi menghargai sumbangan bakti exco PIBG yang telah bersama-sama menyumbang keringat serta usaha bagi menjayakan segala aktivti yang telah dirancang dan dijalankan sepanjang tahun ini.
Majlis ini telah diadakan di Hotel Harbour View Kuching. Beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan pada malam tersebut.
Majlis ini telah diadakan di Hotel Harbour View Kuching. Beberapa gambar menarik yang sempat dirakamkan pada malam tersebut.
Minuman Kesihatan Milo Untuk Pelajar
Pada hari ini, pihak Nestle (Milo) telah datang ke sekolah untuk memberikan minuman berkhasiat secara percuma kepada semua pelajar.
Pihak sekolah pula amat berbesar hati dengan kehadiran pihak swasta yang datang untuk memberikan minuman berkhasiat tersebut. Dikongsikan bersama, gambar-gambar menarik sepanjang aktiviti tersebut.
Terima kasih kepada pihak Milo(Nestle). Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

TAKLIMAT SAPS (SISTEM APLIKASI PEPERIKSAAN SEKOLAH )
Satu taklimat khas mengenai SAPS telah diadakan. Objektif utama taklimat ialah memberikan taklimat ringkas mengenai aplikasi tersebut.
Taklimat ini telah dijalankan oleh Cikgu Rusita (Setiausaha peperiksaan sekolah) dan dihadiri oleh Gurubesar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem dan guru-guru.
Taklimat ini telah dijalankan oleh Cikgu Rusita (Setiausaha peperiksaan sekolah) dan dihadiri oleh Gurubesar, Penolong Kanan 1, Penolong Kanan Hem dan guru-guru.
Subscribe to:
Posts (Atom)