Sekolah telah memulakan langkah barunya pada 2 Januari 2014. Pada 6 Januari 2014, telah diadakan taklimat dan sesi penerangan khas untuk para ibubapa pelajar tahun 6 sesi 2014 yang dipengerusikan oleh gurubesar SK ST Patrick, Encik Andi Bakeh.
Sesi taklimat untuk para ibubapa pelajar tahun 1 yang telah disampaikan oleh Cikgu Maliff dan Cikgu Rusita.
.: SELAMAT MENJADI RAJA & RATU SEHARI :.
Ucapan tahniah buat Cikgu Nik Nurul Nadia yang bakal melangsungkan perkahwinannya di Besut ,Terengganu pada
23 November 2013. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.
Penyampaian cenderamata kepada Cikgu Nik Nurul Nadia yang disempurnakan
oleh gurubesar SK St Patrick, Encik Andi Bakeh sambil disaksikan oleh Cikgu Besih.
.: Makan Malam bersama warga SK St Patrick di Restoran D11 Steamboat Kuching :.
Majlis ini di telah diadakan pada 14 November 2013, di salah sebuah restoran steamboat yang terkenal di bandaraya Kuching. Majlis ini juga di serikan lagi dengan kehadiran bekas guru SK St Patrick iaitu Cikgu Aiman yang telah berpindah ke SK Gersik pada awal tahun 2013. Majlis ini juga diadakan bagi memperingati jasa dan pengorbanan yang telah beliau tinggalkan di SK St Patrick. Semoga maju jaya di sekolah yang baru.
Tidak lupa juga kepada guru-guru baru yang telah memulakan khidmat dan bakti mereka di SK St Patrick. Guru-guru yang baru ialah Cikgu Nik Nurul Nadia ( Guru pemulihan ) dan Cikgu Nurshamimi .
Tidak lupa juga kepada guru-guru baru yang telah memulakan khidmat dan bakti mereka di SK St Patrick. Guru-guru yang baru ialah Cikgu Nik Nurul Nadia ( Guru pemulihan ) dan Cikgu Nurshamimi .
Cikgu Aiman menerima cenderamata kenang-kenangan dari
Yang Berusaha Encik Andi Bakeh ( Guru Besar SK St Patrick ).
.: MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH :. SK ST PATRICK, BAU 2013
Pada 14 November 2013 yang lalu, telah diadakan Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah untuk tahun 2013. Majlis yang bermula seawal jam 0800 pagi ini telah di serikan lagi dengan tarian menyambut tetamu oleh para penari sekolah. Ini di susuli dengan ucapan perasmian yang berusaha Guru Besar SK ST Patrick, Encik Andi Bakeh.
Majlis berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pada hari yang bersejarah tersebut, kelihatan begitu ramai ibubapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Majlis berakhir sekitar jam 12 tengahari. Pada hari yang bersejarah tersebut, kelihatan begitu ramai ibubapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.
Azacia Ak Doun yang mendapat keputusan cemerlang
dalam UPSR 2013. ( 5 A ).
dalam UPSR 2013. ( 5 A ).
Tahniah buat Azacia.
Sesi bergambar bersama pelajar tahun 6 ( 2012 ), kini mereka semua di Tingkatan satu. Turut serta bergambar bersama-sama ialah Cikgu Besih, Cikgu Goson dan Cikgu Phiong.
Subscribe to:
Posts (Atom)