Pada tahun ini Program RIMUP dan Sambutan Pra Gawai akan disambut pada 26 Mei 2011. Ianya merupakan satu aktiviti peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dirancang seperti "Ngabang" dari kelas ke kelas, Pertandingan Kumang dan Keling, "Taboh" ngajat dan berbagai lagi aktiviti menarik akan diadakan.
Tarikh : 26 Mei 2011
Masa : 0800 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Sekolah
__________________________________________________________________________________
SAMBUTAN PRA GAWAI PERINGKAT SEKOLAH 2011, KINI DALAM BENTUK DVD. SILA DAPATKAN DARIPADA CIKGU MARSON SELEPAS BERAKHIRNYA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL. ... STOK DVD ADALAH TERHAD, SIAPA CEPAT DIA DAPAT....
DAPATKAN DENGAN SEGERA,
DVD SAMBUTAN PRA GAWAI PERINGKAT SEKOLAH 2011...
__________________________________________________________________________________
Majlis Sambutan Pra Gawai telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terlebih dahulu pihak Jawatankuasa kerja mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samaada secara langsung dan tidak langsung. Dewan sekolah penuh sesak dengan kehadiran pelajar, guru dan para ibubapa yang sama-sama memberikan sokongan padu terhadap aktiviti sekolah.
Suasana majlis amat meriah sekali. Dengan sokongan para ibubapa, Lembaga Pengurusan Sekolah juga turut hadir bagi menyaksikan Majlis Sambutan Hari Gawai ini.
Tema Sambutan Hari Gawai 2011
" BERSERAKUP MANSANG NUJU SEMANGAT 1 MALAYSIA"
Beberapa gambar menarik sepanjang perjalanan aktiviti tersebut.