Pihak ADMIN blog telah dijemput untuk hadir ke Program tersebut dan sempat merakamkan gambar-gambar menarik untuk dikongsikan bersama.
Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 yang bermula dari Bandaraya Kuching akan tamat di Negeri Sabah iaitu di daerah Sipitang. "Flag Off" konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan 2011 telah disempurnakan oleh MP Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe dan disaksikan juga oleh Ketua-ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-ketua Kampung, Penghulu dan komuniti sekitar daerah Bau.