Pertandinagn Karaoke kali ini merupakan kali ke 2 dianjurkan. Pertandingan yang telah berlangsung pada 14 November 2011 telah disertai oleh 10 orang peserta. Namun pemilihan awal telah dibuat pada sebelum pertandingan sebenar dijalankan. Ini kerana begitu ramai peserta yang ingin menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini dibuka kepada semua pelajar sekolah SK St Patrick, Krokong. PErtandingan ini telah diadili oleh 3 orang juri dan buat pertama kalinya 2 orang pengkritik telah diundang khas pada acara ini.