Pada tahun ini iaitu pada tarikh 16 Mei 2012, Sambutan Pra Hari Gawai telah diadakan di peringkat sekolah. Tuan rumah pengajuran Pra Hari Gawai pada tahun ini ialah kategori Orang Ulu. Ketua kampung tahun ini ialah Cikgu Komie, Cikgu Mahi dan Cikgu Maliff . Pelbagai aktiviti telah diadakan bersempena dengan sambutan ini. Di antaranya ialah Pertandingan Kumang dan Keling Gawai, rumah terbuka setiap kelas dan makanan tradisional.