" Jelajah Ke Jambatan Merah, Sungai Tubih Seropak.Bau :. 11 Ogos 2012

Pada 11 Ogos 2012, SK St Patrick telah menganjurkan satu aktiviti yang julung kali diadakan iaitu Jelajah Ke Jambatan Merah,Sungai Tubih Seropak Bau.

Aktiviti kembara ini melibatkan penglibatan murid-murid dari unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah dan TKRS. Seramai 12 orang guru telah turut serta didalam kembara ini. Tidak lupa juga kepada 3 orang kakitangan swasta sekolah yang turut hadir memberikan sokongan. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan secara langsung didalam menjayakan kembara ini sehingga ianya dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.